KUALA LUMPUR- Lebuh Raya Utara- Selatan menghala ke Kuala Lumpur penuh dengan pelbagai kenderaan bermula petang hingga malam ini. (Gambar) Secara tidak langsung, hentian Rehat dan Rawat (R&R) seperti di Gunung Semanggol, Sungai Perak dan Tapak penuh dengan orang ramai yang berhenti untuk solat, makan, ke tandas dan mengisi minyak. Selain daripada individu dan keluarga, kenderaan yang menghala ke selatan ...

BALING- Seramai 10 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Baling digerakkan ke Hulu Langat Selangor malam ini bagi misi kemanusiaan membantu mangsa banjir. Komandan JAM Kawasan Baling, Mohd Nazreen Mohd Nasir berkata, misi akan memberi fokus kepada mencuci rumah mangsa banjir. Menurutnya, mereka bergerak ke sana dengan menaiki tiga buah kenderaan bersama peralatan diperlukan. Anggota misi akan pulang pada malam ...

ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah menyalurkan RM200,000 sumbangan khas kepada Selangor bagi membantu mangsa banjir . Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor Darul Ehsan dan beberpa negeri lain. Menurutnya, kesukaran penduduk dan kemusnahan harta benda tentulah lebih besar daripada yang dapat ...

KUALA KETIL- Program Vaksinasi Bergerak Booster memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak mahupun suntikan pertama atau kedua vaksin tanpa bersusah payah ke lokasi ditetapkan My Sejahtera. Mengambil tanggungjawab memudahkan urusan orang ramai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil bertempat di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK) terpanggil untuk menjadi salah satu 'tuan rumah' bagi program berkenaan. Ahli ...

KUALA KETIL- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Atas semangat itu, ratusan penduduk bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B )Mansor Zakaria bergotong-royong membersihkan kawasan terlibat banjir kilat sekitar DUN Kuala Ketil semalam. Program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir Daerah Baling 2021 itu membabitkan penglibatan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat ...

ALOR SETAR– Pelantikan Pengerusi UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri memberi gambaran UMNO menyisihkan Menteri Agama sedia ada, Senator Idris Ahmad. Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, secara tidak langsung ia membawa maksud UMNO membelakangi PAS sebagai rakan dalam kerajaan. "Untuk apa Jamil Khir dilantik sedangkan Menteri Agama sudah ada? Pembaziran ...

ALOR SETAR- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) bimbang dengan trend kenaikan harga barang yang mendadak ketika ini. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenaikan sayur-sayuran, ayam dan telur menekan kewangan rakyat terutamanya golongan B-40. Menurutnya, kerajaan perlu bertindak pantas menangani masalah yang berlaku. "PAMM memandang serius isu kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak. "Kami menuntut kerajaan melakukan sesuatu. ...

KUALA KETIL- Masalah sosial berpunca judi dan arak bukan hanya melibatkan satu-satu kaum tertentu sahaja tetapi semua bangsa yang ada dalam negara ini. Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar ( B) Mansor Zakaria menuntut supaya rakyat sedar dan memahami bahawa langkah diambil kerajaan negeri untuk membendung permainan judi dan minimum arak adalah untuk mensejahterakan semua rakyat ...

KUALA KETIL- Puluhan jemaah Masjid Madinatul Ilmi di sini mengadakan himpunan jihad dan solidariti di pekarangan masjid pada Jumaat. Himpunan aman itu digerakkan bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharamkan arak dan lesen judi di bumi Kedah Darul Aman. Ia disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria, Majlis ...

KUALA LUMPUR-Larangan guru meleter murid yang tular di media sosial sejak semalam disahkan palsu oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin. Menurutnya, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan seumpama itu seperti mana disiarkan sebuah portal yang menggunakan gambarnya. "Saya kongsikan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung laporan portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid". "Saya ...