Padah kelentong JPN, lelaki didenda RM 5,000

JOHOR BAHRU-Mahkamah Majistret Kluang pada 20 Ogos lalu menjatuhkan hukuman denda RM5000 kepada seorang lelaki warganegara kerana mengemukakan maklumat palsu dalam pendaftaran bayi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lelaki tersebut disabit atas kesalahan Seksyen 36 (1) (b) Akta 299 kerana dengan sengaja mengemukaka maklumat palsu dalam pendaftaran kelahiran bayi.

Jika gagal menjelaskan denda, penjara enam bulan menanti lelaki tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh, Por Eng Guan,59, telah ditahan sebelum ini.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran bayi di Pejabat JPN Kluang pada Oktober 2018.

Dalam pada itu, JPN berkata, agensi tersebut akan terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang melakukan kesalahan mendapat hukuman setimpal di bawah Akta 299.

Sehubungan itu, JPN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku atau penyelewengan untuk terus membuat aduan kepada jabatan terbabit.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.