YB Kuala Ketil dan rakyat gotong royong bersama

YB Mansor Zakaria dua dari kanan menyampaikan peralatan gotong royong kepada penduduk

KUALA KETIL– Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat.

Atas semangat itu, ratusan penduduk bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B )Mansor Zakaria bergotong-royong membersihkan kawasan terlibat banjir kilat sekitar DUN Kuala Ketil semalam.

Program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir Daerah Baling 2021 itu membabitkan penglibatan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Hutan Daerah Selatan, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan bomba.

Petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Ketil dan anggota Jabatan Amal Malaysia daerah Baling bersama dalam menjayakan aktiviti

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (UniSHAMS), NGO, Jabatan Amal Malaysia dan pondok-pondok agama sekitar Parit Panjang turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang julung kali diadakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Gotong Royong berkenaan melibatkan Kampung Sisik Lantai, Kampung Kubang Hong, Kampung Pekan Lama Kuala Ketil, Kampung Parit Panjang/ Banggol Berangan, Kampung Guar Tinggi dan Kampung Tembak B.

Mantan YB Kuala Ketil, Md Zuki Yusof kanan yang turut serta bergotong-royong memberikan kawasan kampung Tembak B bergambar kenangan bersama penduduk.

Mejar Mansor yang sememangnya dikenali sebagai wakil rakyat yang ramah turut mengambil peluang bertanyakan khabar penduduk yang ditemui dalam progam tersebut.

Turut hadir, Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Mohd Abdullah dan Penghulu Teloi Kanan, Muhd Efy Izuan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.