Tak perlu pergi jauh, mai suntik vaksin di PUTIK

YB Mejar Mansor turut menerima suntikan dos penggalak di PUTIK hari ini

KUALA KETIL- Program Vaksinasi Bergerak Booster memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak mahupun suntikan pertama atau kedua vaksin tanpa bersusah payah ke lokasi ditetapkan My Sejahtera.

Mengambil tanggungjawab memudahkan urusan orang ramai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil bertempat di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK) terpanggil untuk menjadi salah satu ‘tuan rumah’ bagi program berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, program diadakan secara walk in bermula hari ini sehingga Ahad (18 Disember 2021) mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, ia disediakan kepada mereka yang belum mengambil suntikan vaksin, suntikan dos penggalak serta vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Mereka yang telah menerima dua suntikan vaksin jenis Sinovac selepas tiga bulan pula boleh datang untuk terima dos penggalak tanpa menunggu enam bulan,” katanya

YB Mejar Mansor menyeru orang ramai mengambil manfaat di atas perkhidmatan disediakan

 

Mansor berkata, satu kerugian jika masyarakat tidak mengambil peluang yang disediakan untuk kemudahan mereka sendiri khusus kepada yang ingin menunaikan umrah, melancong dan urusan lain.

“Mereka yang terdiri daripada tiga kategori itu diharap boleh datang ambil.

“Kita menyeru masyarakat mengambil manfaat ini tanpa menunggu panggilan MySejahtera, tak perlu pergi jauh-jauh.

“Sekarang ini perkhidmatan datang depan pintu rumah, sayanglah kita tak ambil manfaat. Untuk hari ini di sebelah pagi, kira-kira 30 individu telah hadir untuk menerima suntikan vaksin,”katanya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.