BANGI-Dr. Abdul Rahim Harun telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkuatkuasa 11 April 2022 menggantikan Teknologis Profesional (Ts.) Dr. Siti A’iasah Hashim yang telah bersara pada 1 Januari 2022. Agensi Nuklear Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pelantikan Dr. Abdul Rahim dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) menasihati para peniaga bazar Ramadan supaya jujur dalam perniagaan dengan tidak menjual makanan yang dipanaskan semula. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan seperti itu ibarat menipu pembeli. "Hukum menipu dalam urusan jual beli adalah haram. Elakkan sumber rezeki yang halal dengan menipu. "Walaupun PAMM tidak menerima aduan rasmi tetapi kami tuntut supaya semua ...

JELEBU-“Dalam tempoh sembilan bulan antara tahun lepas dengan tahun ini, sebanyak 66,481 kes perceraian berlaku di negara ini. "Negeri yang mencatatkan rekod tertinggi ialah Kelantan dan Selangor. "Jika dibandingkan dengan kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam ialah 10,614 kes,” Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim  (gambar) mendedahkan perkara ini ketika berucap semasa ...

PATANI-Hari ini genaplah 18 tahun tragedi Tak Bai yang menimpa umat Islam Patani. Mengimbau sejarah ringkas, kejadian berlaku pada bulan Ramadan Oktober 2004/1425 Hijrah pada hari Jumaat. Pembantaian militer Thai ke atas jasad umat Islam Patani dalam tragedi itu telah mengorbankan lebih 85 nyawa tidak berdosa. Menurut sumber tempatan, punca kejadian berlaku selepas enam individu Melayu Patani ditangkap seminggu sebelum ...

SUNGAI PETANI -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyambut baik cadangan penguakuasaan pelitup muka perlu mempunyai kelulusan Institusi Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) tetapi dengan bersyarat. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PAMM hanya menyokong dalam sudut menjaga kualiti dan kebersihan pelitup muka dan tidak selain daripada itu. "Jika kerajaan nak wajibkan setiap pelitup muka mempunyai kelulusan SIRIM, bagi ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu ( PAMM) Negeri Kedah menuntut umat Islam di negara ini supaya merapatkan saf mengikut ajaran Islam. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sebilangan jemaah dilihat masih 'takut-takut' merapatkan saf walaupun kebenaran untuk solat tanpa jarak telah dibenarkan kerajaan pada 1 April lalu. "Masih ramai yang tidak merapatkan saf seperti apa yang telah digariskan oleh ulama iaitu ...

KUALA TERENGGANU - Cuti hujung minggu pada Jumaat terakhir sebelum masuk Ramadan digunakan masyarakat di sini untuk pelbagai aktiviti. Antaranya peluang cuti digunakan membawa keluarga beriadah dan mengambil angin petang di Pantai Penarik. (Gambar) Sambil menyaksikan keindahan lautan biru, kebanyakan pengunjung yang hadir menggunakan peluang menjamu selera bersama ahli keluarga di tepi pantai. Selain itu, ibu bapa turut mengawasi anak-anak ...

KUALA LUMPUR-Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa 1433 Hijrah bermula 3 Mac 2022, Ahad ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad 03 hb. ...

KUALA TERENGGANU- Tinggal beberapa jam saja untuk memasuki 1 April, tarikh dibenarkan solat tanpa jarak di masjid dan surau di seluruh negara. Tarikh itu juga menandakan berakhirnya 'penaklukan' COVID-19 sejak Mac 2020 di Malaysia. Dalam tempoh dua tahun, masjid dan surau mengalami transisi bermula dengan ia ditutup kepada jemaah kecuali imam dan AJK, disusuli kebenaran solat dengan had mengikut prosedur ...

SUNGAI PETANI-Tindakan seorang pensyarah kontrak UiTM menghina pelajar daripada keluarga B-40 seperti yang tular ketika ini perlu dilihat dari dua perspektif. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, apabila timbul isu begini, masyarakat perlu berfikir rasional tanpa perlu menyebelahi sesiapa. "Pertama isu ini perlu dilihat dari dua aspek. Pertama pada guru itu sendiri dan kedua pada ...