Berikan keadilan kepada adik Bella

Mustaffa kiri mahu OKT tidak dilayan seperti VVIP

SUNGAI PETANI-Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali tidak sewajarnya dilayan seperti kumpulan orang kenamaan (VVIP).

Pertubuhan Angkatan  Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, perkara ini menimbulkan pertanyaan banyak pihak selepas melihat orang kena tuduh (OKT) dilayan tidak sama seperti OKT lain.

“Ketika ini si pendera diwakili 10 orang peguam dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down, adik Bella.

“Walaupun sudah dihadapkan ke mahkamah, dia juga masih belum dipakaikan baju lokap seperti orang kena tuduh (OKT ) lain,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa berkata, PAMM menuntut mana-mana pihak supaya tidak melindungi Siti Bainun.

“Kita tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana menghormati sistem mahkamah di negara ini.

“Cumanya kita berharap kes adik Bella ini dibicarakan dengan adil dan saksama . Adik Bella berhak mendapat pembelaan selepas didera dengan teruk.

“Rakyat juga mahukan keadilan dalam kes ini. Justeru, PAMM berharap pihak yang bersalah dijatuhkan hukuman setimpal,”katanya.

Beliau berkata, PAMM
juga berharap pihak berkuasa terus melakukan pemantauan di semua rumah-rumah kebajikan supaya kes Bella tidak berulang.

Dalam pada itu Mustaffa menzahirkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas sokongan penuh kepada Bella.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.