Dua anak Melayu kemudi Agensi Nuklear Malaysia

Dr. Rosli Darmawan (kiri) dan Dr. Abdul Rahim Harun kanan

BANGI-Dr. Abdul Rahim Harun telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkuatkuasa 11 April 2022 menggantikan Teknologis Profesional (Ts.) Dr. Siti A’iasah Hashim yang telah bersara pada 1 Januari 2022.

Agensi Nuklear Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pelantikan Dr. Abdul Rahim dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang penyelidikan teknologi nuklear.

“Perlantikan ini membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Agensi Nuklear Malaysia dan seterusnya meneruskan kecemerlangan dan mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan nuklear,”kata kementerian tersebut pada semalam.

Menurut kenyataan, pakar nuklear itu mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1988, Ijazah Sarjana dalam bidang Applied Genetics dari University Of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1998 dan seterusnya Ijazah Kedoktoran dalam bidang genetik dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010.

Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi).

Jelas kenyataan, Abdul Rahim merupakan pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman dan beliau pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos Laos dan Mauritius.

Sementara itu, Dr. Rosli Darmawan pula telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi), Agensi Nuklear Malaysia berkuatkuasa mulai 11 April 2022.

Kenyataan berkata, beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal dari University of the Pacific, Amerika Syarikat pada tahun 1990 dan
mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari
Universiti Putra Malaysia pada tahun 2015.

“Sebelum ini beliau menjawat
jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal) dan
merupakan pakar nuklear dalam bidang kemudahan dan utiliti aplikasi
nuklear serta sistem keselamatan reaktor nuklear.

“Dengan kelayakan, pengalaman, kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh kedua-dua individu ini adalah diharap Agensi Nuklear Malaysia dapat meneruskan pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan nuklear sekaligus meningkatkan kemajuan pembangunan
dan penyelidikan nuklear di negara ini. Seluruh warga kerja Agensi
Nuklear Malaysia mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan
tersebut,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.