KLANG - 15 JULAI 2020: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah berjaya mengesan dan menyita tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya. Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tapak berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih 3 bulan yang lalu iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan yang dijalankan ...

KUALA KETIL- Seorang lelaki bertindak mencuri wang dalam dua tabung di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, jam 6.35 petang semalam. Jemaah, Rahman Hashim,49, berkata, kejadian disedari jemaah ketika waktu Maghrib pada hari kejadian apabila melihat kunci mangga tabung berkenaan dipotong. "Hasil rakaman kamera litar tertutup jelas menunjukkan seorang lelaki memotong kunci mangga tabung menggunakan 'cutter' sebelum mencuri wang didalamnya,"katanya kepada ...

KUALA PERLIS- Sebanyak 30 unit bubu naga (bubu kambang) dirampas Agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di tiga lokasi hari ini. Semua bubu itu dikesan pada kedudukan 0.79 batu nautika, 0.84 batu nautika dan 1.0 batu nautika di barat daya Kuala Sanglang pada jam 9.30 pagi hingga 10.45 pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ...

KOTA TINGGI 2 Julai- Tentera menahan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba meloloskan diri dari negara ini menggunakan jalan laut dalam satu operasi pada jam 10.30 malam. Mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga Indonesia dengan tiga daripadanya adalah wanita serta seorang lelaki tempatan yang menjadi tekong. Semua Pati berkenaan dipercayai ingin pulang semula ke Indonesia. Cubaan meloloskan ...

BACHOK- Tiga lagi mangsa bot kelas A TRF 641 yang terbalik di perairan Bachok Kelantan sedang giat dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM), hari ini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan sebuah pesawat Bombardier CL 415MP, dan bot Maritim iaitu Bot Penyelamat 7, Penggalang 18, Kilat 27 dan 28. Timbalan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim, Leftenan ...

TANJUNG MANIS- Sebuah bot nelayan asing termasuk enam warga Indonesia yang menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran dalam perairan negeri Sarawak ditahan. Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di perairan negeri Sarawak pada 26 Jun yang lalu. "Sebuah bot nelayan asing dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jarak ...

PETALING JAYA- Pendatang asing tanpa izin (PATI) terus digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kali ini melibatkan 12 warga India termasuk Bangladesh. Dalam serbuan jam 12 tengah hari semalam, JIM dengan kekuatan 31 pegawai menggempur sebuah stesen minyak yang mempunyai kiosk makanan dan juga pusat cuci kereta. Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, enam warga India dan ...

BESUT– Dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara sebelum ini ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu, hari ini. Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, dua bot berkenaan ditenggelamkan di perairan Terengganu pada kedudukan kira-kira 5.7 batu nautika dari Pulau Perhentian. Menurutnya, proses pelupusan bot nelayan asing tersebut dianggarkan bernilai RM 2 ...

LUMUT- Aktiviti pemindahan diesel secara tidak sah di sini digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) jam tiga pagi kelmarin. ​Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, aktiviti itu dipatahkan selepas menerima aduan awam. "Hasil aduan yang diterima, dua buah aset telah diatur gerak ke lokasi untuk pemantauan. "​Hasil dari pemantauan,aktiviti pemindahan diesel secara haram dari sebuah kapal ke ...

JITRA-Sebuah rumah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Lubok Batu malam ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.50 malam. "Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat. Dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan rumah terbakar,"katanya. Katanya, pihaknya mendapati api sedang marak ketika tiba di lokasi dan dapat dikawal dalam tempoh lapan minit. Menurutnya, tiada mangsa cedera ...