Kebas duit dalam tabung masjid, pencuri dicari

Gambar lelaki terbabit sedang tular

KUALA KETIL– Seorang lelaki bertindak mencuri wang dalam dua tabung di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, jam 6.35 petang semalam.

Jemaah, Rahman Hashim,49, berkata, kejadian disedari jemaah ketika waktu Maghrib pada hari kejadian apabila melihat kunci mangga tabung berkenaan dipotong.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup jelas menunjukkan seorang lelaki memotong kunci mangga tabung menggunakan ‘cutter’ sebelum mencuri wang didalamnya,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali mengesahkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya seperti dilaporkan media, jumlah wang dicuri tidak dapat dipastikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman CCTV menunjukkan lelaki yanh datang menaiki sebuah motosikal masuk ke dalam masjid dengan dua buah beg.

Tindakan lelaki terbabit tular di media sosial dan sedang dikesan orang ramai.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.