Mujur api tak sambar….

KUALA KETIL– Tindakan seorang lelaki membakar longgokan pelepah kelapa sawit di halaman rumahnya di Putaran Jaya di sini malam ini mencetuskan panik.

Ia berikutan api tiba-tiba marak dan hampir menyambar pokok-pokok kelapa sawit yang berdekatan sebuah rumah, dangau, tiang elektrik dan garaj membasuh kereta.

Penduduk, Rahman Hashim,48, berkata, kejadian itu menyebabkan api berkenaan terpaksa dipadam oleh tiga individu termasuk dirinya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia bersama sekumpulan individu lain sedang menganjurkan program melihat keindahan bulan, bintang dan langit yang berhampiran pelepah sawit dibakar.

Api menjulang tinggi dan hampir menyambar daun-daun pokok kelapa sawit

“Sambil-sambil itu seorang daripada kami iaitu tuan rumah membakar longgokan pelepah sawit yang kering untuk mencerahkan persekitaran

“Tetapi api tiba-tiba marak dan hampir menyambar daun-daun kering atas pokok. Api juga terlalu hampir dengan sebuah dangau yang dibina tuan rumah, tetapi berjaya dipadamkan,”katanya kepada Rentas7.com.

Katanya, pada musim panas ketika ini, semua pihak diminta lebih berhati-hati dalam melakukan pembakaran.

Rentas7.com

 

Keterangan gambar: Rahman sedang memadam api yang semakin marak

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.