Enam warga Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

Inilah not yang dinaiki enam warga Indonesia tersebut

TANJUNG MANIS– Sebuah bot nelayan asing termasuk enam warga Indonesia yang menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran dalam perairan negeri Sarawak ditahan.

Pengarah APMM Sarawak, Laksamana
Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di perairan negeri Sarawak pada 26 Jun yang lalu.

“Sebuah bot nelayan asing dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jarak lebih kurang 119 batu nautika dari utara Tanjung Sirik.

“Seramai lima orang kru termasuk tekong merupakan warga Indonesia telah diperiksa. Siasatan lanjut mendapati tekong dan kesemua awak-awak gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berumur lingkungan antara 25 hingga 37 tahun telah dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis.

“Sebaik tiba di jeti, ujian saringan Covid-19 dijalankan ke atas kesemua yang ditahan oleh Pegawai Kesihatan Pelabuhan Tanjung Manis.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.