APMM patah cubaan pindah diesel haram

LUMUT– Aktiviti pemindahan diesel secara tidak sah di sini digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) jam tiga pagi kelmarin.

​Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, aktiviti itu dipatahkan selepas menerima aduan awam.

“Hasil aduan yang diterima, dua buah aset telah diatur gerak ke lokasi untuk pemantauan.

“​Hasil dari pemantauan,aktiviti pemindahan diesel secara haram dari sebuah kapal ke bot fiber disyaki sedang dijalankan,”katanya.

Katanya, bot terbabit seterusnya ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu, Lumut untuk siasatan lanjut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.