Brunei di bawah K. Rajagobal menang besar

Brunei menunjukkan peningkatan aksi di bawah Datuk K. Rajagobal

KUALA LUMPUR-Pasukan Brunei dibimbing Dato K. Rajagobal mula menunjukkan peningkatan apabila menang 4-0 ke atas Kasuka FC dalam perlawanan persahabatan semalam.

Brunei mencipta dua gol pada setiap babak permainan menerusi jaringan Hamizan Aziz Sulaiman, Mohd Najib Tarif, Razimie Ramli dan Maziri Maidin.

Brunei kini dalam persiapan serius menghadapi Piala AFF Suzuki yang dijadual pada Disember tahun ini.

Pada Selasa ini, anak buah K Rajagobal bakal menentang pasukan bintang Liga Super Brunei.

Pasukan kebangsaan akan kembali beraksi pada hari Selasa, untuk perlawanan menentang semua bintang Liga Super Brunei.

Untuk rekod, skuad bawah 23 tahun (B-23 ) Malaysia yang dibimbing K. Rajagobal muncul juara Sukan Sea pada 2009.

Pada 2010, K. Rajagobal meneruskan sentuhan ‘magisnya’ apabila membantu skuad senior Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.