Malaysia langkah suku akhir hoki Piala Dunia

Malaysia garang tundukkan Afrika Selatan 4-3 pada perlawanan terakhir

KUALA LUMPUR-Skuad hoki remaja mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2021 di Bhubaneswar India.

Sejarah itu dicipta apabila Malaysia mengatasi Afrika Selatan 4-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Kalinga, hari ini.

Anak buah Wallace Tan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan termasuk ke atas Chile 2-1 pada perlawanan pembukaan dan seri 1-1 menentang Belgium semalam.

Malaysia akan menentang Perancis di suku akhir pada 1 Disember.

RENTAS7 / Foto: International Hockey Federation

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.