Sidang DUN Kedah tangguh kepada 23 Mac

ALOR SETAR– Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 yang sepatutnya berlangsung mulai hari ini sehingga 4 Mac ditangguhkan.

Perkara itu disahkan melalui surat daripada Pejabat DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 27 Februari lalu.

Penangguhan persidangan dewan ini adalah menurut perkara 11 (2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah dan telah mendapat pekenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Tarikh 23 Mac hingga 26 dipilih sebagai tarikh baru Persidangan DUN Kedah.

Keputusan penangguhan itu dibuat dipercayai mempunyai kaitan dengan situasi politik semasa.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.