Bilik Gerakan Warisan selamat dari kebakaran

Mustaffa (baju putih) bersama Ahmad Yahya meninjau keadaan kedai yang terbakar

POKOK SENA-Bilik Gerakan P008 Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah selamat dari terbakar selepas sebuah gerai roti canai bersebelahannya mengalami kebakaran.

Kejadian berlaku pada jam 7.40 pagi tadi dengan api dapat dikawal oleh pasukan bomba daripada terus merebak.

Ketua Wanita Parlimen Pokok Sena Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah, Noraini Md Salleh (gambar kecil) berkata, bilik gerakan hanya terkena sedikit tempias daripada kejadian berkenaan.

“Pejabat Bilik Gerakan Warisan Pokok Sena alhamdulillah.

“Tapi kita terkena tempias sedikit saja, basah-basah semua dalam ini sebab pihak bomba terpaksa membuka pintu kita untuk selamatkan bilik gerakan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bilik gerakan mungkin akan hangus sekiranya pihak bomba tidak berbuat demikian.

“Semua fail-fail kita tersimpan dengan rapi,”katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak bomba di atas usaha menyelamatkan bilik gerakan tersebut dari terbakar.

Menurutnya, tragedi berlaku tidak menjejaskan persiapan Warisan Negeri Kedah dalam menghadapi PRU-15 khususnya di Parlimen Pokok Sena.

Tiada sebarang kemalangan jiwa terjadi dalam insiden ini. Alhamdulillah syukur.

“Puan Noraini Md Salleh akan menjadi calon Warisan Negeri Kedah di kerusi Parlimen Pokok Sena.

“Segalanya berada dalam keadaan baik. Calon kita juga bersemangat untuk terus bekerja kepada parti,”katanya.

Terdahulu, Mustaffa, Noraini serta Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya dan jentera parti masing-masing meninjau lokasi kejadian.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.