Berarak sambil puji Rasulullah S.A.W

Muslimat turut menyertai perarakan Mualidur Rasul semalam

 

Laporan wartawan edisi Baling: Ilyas Salleh

KUALA KETIL-Ingatan dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah S.A.W dizahirkan ratusan penduduk Kariah Kampung Tembak dengan berselawat dan marhaban pada perarakan Maulidur Rasul semalam.

Perarakan kira-kira 50 meter itu bermula dari Pejabat Penghulu Kampung Tembak A dan berakhir di Balai Islam Kariah Kampung Tembak.

Ia disertai muslimin dan muslimat termasuk kanak-kanak.

Kaum muslimin berarak sambil berselawat

Sepanjang perarakan, mereka turut membawa sepanduk yang tertera pujian buat junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Pada program itu, ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood dijemput menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.

ADUN Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria yang turut hadir meluangkan masa bersama penduduk memasak gulai daging kawah untuk dijadikan menu makan tengah hari.

YB Mejar Mansor (kanan) turut hadir pada program dianjurkan

Hubungan akrab pemimpin dan penduduk yang sedia terjalin dieratkan lagi menerusi program seumpama itu.

Turut serta Imam Masjid Kariah Kampung Tembak, Ustaz Bakar Che Doi dan Ketua Unit Daerah Mengundi (UDM) Kampung Tembak Ustaz Naim Hussin.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.