Dengan Guam pun tak lepas, Malaysia jadi bahan ketawa penyokong Indonesia

Malaysia B-16 sekadar seri 1-1 menentang skuad lemah

KUALA LUMPUR -Sukar dipercaya! Malaysia bawah 16 tahun (B-16) tidak mampu ‘makan’ pasukan belasahan Guam apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Stadium Pakansari Bogor Indonesia petang ini.

Malaysia yang menang 4-0 pada perlawanan pertama menentang Palestin dilihat bergelut menembusi benteng skuad kerdil Guam.

Jaringan Malaysia hanya hadir pada minit ke-73 menerusi jaringan Qahir Dzakrin sebelum lawan mengaibkan negara dengan gol penyamaan pada minit ke-84 hasil jaringan Riku Ngeschekle Meyar.

Keputusan itu menjadi bahan ketawa khususnya penyokong Indonesia di media sosial.

Mereka menyifatkan Guam yang dibelasah 14-0 oleh skuad B-16 Indonesia pada perlawanan Malaysia hanya setaraf Guam.

Keputusan tidak dapat diterima penyokong skuad negara itu menjadikan laluan skuad B-16 yang sepatutnya mudah menjadi sukar.

Mencipta keputusan seri memberikan Guam satu tonik tambahan untuk mengharungi dua aksi berbaki; pasukan itu acap kali menempa kekalahan besar setiap kali beraksi pada saingan kelayakan bagi pelbagai peringkat umur tetapi Malaysia telah mamahat sejarah manis untuk mereka.

Malaysia dibimbing Osmero Omaro akan menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia pada dua perlawanan terakhir.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.