Pakya buka bisnes urutan saraf, angin dan tapak kaki

Pakya mengurut seorang pelanggan

KUALA KETIL-Urutan seluruh badan menjadi sumber rezeki Zakaria Man,67, selepas terlibat kemalangan pada Jun 2021.

Insiden itu menyebabkan Zakaria atau dikenali sebagai Pakya hilang sumber pendapatan setelah patah sebelah tangan hingga memaksa berhenti bekerja daripada sebuah syarikat pembersihan.

Enggan duduk diam, Pakya menggunakan ilmu mengurut dimilikinya dengan membuka bisnes urutan bagi kaum lekaki.

Pakya berkata, bisnes urutan berkenaan dibuka di rumahnya di Kampung Charok Bakap Baling.

Menurutnya, urutannya khas bagi masalah saraf, angin dan tapak kaki.

Pakya

“Saya juga sediakan perkhidmatan urutan bergerak tetapi hanya dalam kawasan terdekat. Setakat pekan Kuala Ketil tu saya boleh pi lagi.

“Harga bagi urutan seluruh badan hanyalah RM50 bagi tempoh sejam,”katanya yang mula berbisnes pada tahun ini.

Pakya mengurut seorang pelanggan dari Alor Setar

Pak Ya berkata, pendapatan bagi bisnes dibuka sejak empat bulan lalu itu bagaimapun tidak menentu.

“Pelanggan saya tak menentu. Kadang-kadang sehari ada seorang atau dua, kadang-kadang tidak ada langsung.

“ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria pun pernah mengambil khidmat urutan saya,”katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan dikenali sebagai Usman berkata, urutan Pakya melegakan dan harga dikenakan pula baginya amat berpatutan.

“Urat pernah cekang sampai kaki susah nak berjalan, alhamdulillah dengan izin Allah kaki saya lega lepas pi urut dekat Pakya,”katanya.

Mereka yang ingin dapatkan perkhidmatan Pakya boleh hubunginya di talian 019-5087899.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.