Akhirnya adik Nur Asyikin dapat Mykad

Najmi kanan menyampaikan plakad Mykad serta MyKad kepada Nur Asyikin sambil diperhatikan Siti Rohani

BALING-Penantian hampir setahun untuk memiliki MyKad oleh seorang pelajar Tingkatan 1 akhirnya terlerai.

Nur Asyikin Abdul Rahman,13, dari Kampung Lubok Kabu akhirnya menerima Mykad dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nur Asyikin berkata, MyKad itu akan memudahkannya menjalani rutin harian seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Alhamdulillah rasa amat lega dapat Mykad, sebelum ini hampir setahun saya hidup tanpa Mykad.

“Dengan MyKad ini saya berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan membantu keluarga,” katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Sehubungan itu, pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Datuk Najmi Ahmad yang membantunya mendapatkan Mykad.

“Terima kasih kepada Dato’ Najmi yang membantu saya. Sebenarnya sebelum
ini banyak pihak dah tampil membantu tapi tidak berjaya,” katanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang.

Sementara itu, neneknya, Siti Rohani Jusoh, 74, bersyukur apabila masalah cucunya itu berjaya diselesaikan.

“Sebelum ini jika dia nak keluar dekat pun tok akan pesan supaya jangan lama-lama.

“Bukan apa, tok takut dia kena tahan polis sebab tak ada MyKad,” katanya.

Nur sebelum ini mengalami masalah mendapatkan Mykad kerana ibu dan bapanya telah bercerai manakala nenekknya pula uzur, menyukarkan lagi urusan mereka menyediakan dokumen diperlukan JPN.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/belum-ada-mykad-pelajar-tingkatan-1-rungsing-masa-depan/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.