Siapa Jeneral Lin dalam Guruh Mimpi?

Guruh Mimpi di pasaran minggu depan

Jeneral Lin, seorang Pegawai Tentera Empat Wilayah yang digambarkan sebagai watak antogonis dalam novel Guruh Mimpi.

Sifat bengis, sombong dan kasar menghiasi watak Jeneral Lin dalam buku berkenaan.

Lin pegawai tentera yang pernah terselamat dalam sebuah serangan hendap, ditugaskan memburu kumpulan pembebasan yang diisytiharkan kerajaan sebagai pemisah.

Di akhir kisah novel Lin sekali lagi terperangkap dalam dilema.

Lin yang digambarkan sebagai perongos muncul pada beberapa bab terakhir. Perkenalan kepada watak ini pula diletak pada pertengahan bab.

Kemunculannya seiring dengan Abdulloh, salah satu watak utama. Seorang ketua keluarga yang hilang lebih 10 tahun lalu; kehilangan misteri selepas kali terakhir dilihat dibawa masuk dalam trak askar pada satu malam.

Abdulloh watak yang digambarkan sebagai tidak banyak cakap, amanah dan penyayang kepada keluarga.

Lelaki itu juga mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan dalam kumpulan pejuang kemerdekaan.

Secara keseluruhannya, buku ini mengangkat tema perjuangan kemerdekaan Patani di samping menyelitkan kisah kesetiaan, percintaan dan persahabatan.

Apa yang menariknya, penulis novel tersebut berjaya menghasilkan pertembungan plot yang mengajak pembaca berfikir secara mendalam tentang realiti di Patani Darussalam.

Ia berkaitan pertembungan dua pihak yang sama-sama mahu mempertahankan negara.

Pertama, kumpulan pembebasan Patani yang menuntut kemerdekaan tanah air. Kedua, kumpulan tentera yang mempunyai semangat nasionalisme.

Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama, namun apabila dibaca pembaca dapat menilai mesej sebenar ingin disampaikan.

Bagi saya, team penulis novel ini berani mengangkat sebuah kisah perjuangan Muslim Patani yang sebenarnya mempunyai risiko (Di Thailand, penerimaan pembaca pro pemerintah).

Keberanian team penulis menampilkan perjuangan Muslim Patani amat berani. Syabas!

Sepanjang pembacaan, team penulis banyak menggunakan kaedah imbas semula kisah-kisah lampau pada beberapa watak tertentu.

Taknik digunakan ini bagi penulis dibuat dengan terlalu berhati-hati menyebabkan terdapat bahagian yang sedikit hambar penceritaannya.

Bagi penulis, lebih elok sekiranya setiap watak-watak yang ada diberikan kebebasan penuh, bukannya diminimumkan.

Watak utama dalam novel ini disandarkan pada Ismaair. Anak sulung Abdulloh yang mencari ayahnya dengan bertanyakan orang kampung, kenalan ayahnya sehinggalah bertemu dengan Daud, adik kepada seorang bekas ahli kumpulan pembebasan.

Dari situ, Ismaair terpaksa merungkai kisah sebenar Abdulloh dengan mendaki Bukit Emas.

Bagi penulis, ia satu percubaan penuh risiko apabila Ismaair yang wataknya sebagai orang muda- baru tamat belajar dijadikan watak utama penuh.

Watak Ismaair dimainkan sepanjang penceritaan berbanding ibunya Mek Ya.

Penulis tidak pasti mengapa watak Ismaair diangkat melebihi watak sepatutnya. Secara peribadi, penulis lebih mengharapkan watak Mek Ya diangkat sebagai satu sisi utama dalam kisah ini, namun mungkin barisan penulis Guruh Mimpi mempunyai alasan tersendiri.

Halnya kerana, sebagai seorang isteri Mek Ya pasti lebih bersusah senang bersama suaminya. Kesusahan Mek Ya juga tidak diangkat sepenuhnya, hanya muncul pada babak terakhir juga. Begitupun, kisah watak gadis berumur 40 an itu berjaya menjentik emosi pembaca.

Secara peribadi, buku ini digarap dengan baik dan wajib mempunyai sambungan.

Apa diharapkan, barisan penulis dapat menonjolkan lagi watak-watak lain terutamanya Abdulloh dan isterinya, Mek Ya.

—Maklumat penulis—

Penulis adalah seorang penggemar bahan bacaan novel dan fakta. Buku Guruh Mimpi terbarunya.

Ilham Yusoff-

Kuala Terengganu

Untuk tempahan boleh hubungi Puan Sofia di no.telefon 011-1142-9238

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.