Jalan mendap dapat perhatian

Mansor meninjau keadaan jalan mendap di kampung berkenaan

KUALA KETIL- Masalah jalan mendap di Kampung Jelutong di sini akan diatasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria telah melakukan tinjauan di lokasi setelah menerima aduan penduduk kampung Paya Besar.

“Jalan berlubang, tanah mendap di jalan Kampung Jelutong. Kebetulan pagi ni ada di pejabat, pi la tinjau aduan yang dibuat.

“Setelah perbincangan, InshaAllah Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) cuba membantu bagi memudahkan laluan orang kampung menggunakan laluan tersebut,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung di atas maklumat tersebut.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.