Abang bikers bantu asnaf

BALING– Setiap kali tibanya Ramadan, ahli kumpulan motosikal berkuasa tinggi NVOG& Friends tidak akan terlepas membuat amal bakti membantu golongan memerlukan.

Bagi Ramadan kali ini, kumpulan berkenaan seperti kebiasaaannya terus menyantuni masyarakat termasuk di daerah Baling dan Sik.

Juracakap NVOG& Friends, Tamizi Nadzir berkata, lebih 20 buah keluarga asnaf bagi Baling dan Sik telah dibantu NVOG & Friends setakat ini.

Menurutnya, setiap individu berkenaan menerima sumbangan berbentuk barangan makanan dapur.

“Penerima bantuan rata-ratanya terdiri daripada ibu tunggal dan pesakit kronik. Bantuan ini bertujuan meringankan bebanan mereka,”katanya kepada Rentas7.com.

Tamizi dua kiri menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga

Terdahulu, Tamizi menyampaikan sumbangan kepada 14 buah keluarga semalam, antaranya melibatkan Kampung Charok Bakap, Kampung Sungai Tembak, Kampung Tandop Pisang dan Kampung Batu 10 Jeniang di Sik.

Tambahnya, bagi bantuan disampaikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), NVOG & Friends tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Tamizi berkata, sumbangan disampaikan ialah hasil kutipan daripada sahabat NVOG & Friends.

“Di luar Ramadan pun, kita tetap menyantuni insan memerlukan. Inilah antara aktiviti bersama ahli keluarga NVOG&Friends,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.