Tahun paling ramai jemaah di Surau Al Barakah Tembak B

Para perantau tidak melepaskan peluang solat Aidilfitri di kampung setelah dua tahun tidak dapat menyambut Syawal di desa

KUALA KETIL– Kemeriahan Aidilfitri di seluruh negara amat dirasai setelah dua tahun umat Islam terpaksa meraikan di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Surau Al Barakah Kampung Tembak B tidak terkecuali menerima bahang kemeriahan apabila seramai 300 jemaah termasuk kanak-kanak hadir untuk menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi.

Jemaah, Ilyas Salleh berkata, jumlah kehadiran itu paling tertinggi pernah direkodkan oleh Surau Al Barakah hingga menyaksikan jemaah melimpah hingga luar surau.

“Sebelum PKP paling ramai jumlah kedatangan jemaah kurang daripada 200 orang. Tetapi tahun ini paling ramai sekali iaitu 300 orang.

“Boleh dikatakan semua perantau pulang untuk bertemu keluarga dan sanak saudara setelah dua tahun tidak dapat pulang meraikan Syawal bersama keluarga,” katanya.

Ilyas berkata, sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan kesemua kanak-kanak menerima duit raya.

Katanya, surau turut menyediakan jamuan Aidilfitri kepada para jemaah.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.