MARAN-Orang ramai yang ingin mengadakan majlis dalam daerah Maran dikehendaki memaklumkan kepada pihak polis. Perkara itu dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dalam satu kenyataan hari ini. "IPD Maran menasihati mana-mana individu yang ingin mengadakan majlis terutamanya dalam daerah Maran untuk memaklumkan kepada PDRM sebelum diadakan majlis bagi memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ...
KUALA LUMPUR-Tiada ejen atau pihak ketiga dilantik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI). Ketua Pengarah JIM, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, JIM menerima pertanyaan berhubung ejen serta pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi PATI kepada majikan yang ingin menggaji PATI dan kepada PATI yang ingin pulang ke negara ...
KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan meraih kemenangan berharga apabila menewaskan Loas dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia, petang ini. Malaysia yang memburu tiga mata pertama mengasak lawan seawal minit pertama dengan hantaran-hantaran pendek. Corak agresif skuad muda kebangsaan memaksa Loas bermain secara bertahan sepanjang babak separuh masa pertama. Meskipun mendominasi ...
SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan menggerakkan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan membatalkan lesen perkilangan arak di Malaysia. Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah Datuk Mustaffa Idrus berkata, orang ramai dijemput untuk menyertai himpunan itu. "Kita akan adakan perhimpunan aman di pekarangan Pejabat PUTRA Kedah di Sungai Petani pada 26 Oktober ini. Perhimpunan Selasa ini telah kita maklumkan kepada pihak polis. ...
KUALA LUMPUR- Aksi skuad kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) pada kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J di Mongolia akan disiarkan di dua saluran televisyen tempatan. Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memaklumkan, ketiga-tiga aksi skuad B-22 akan disiarkan di Saluran Sukan RTM dan TV Okey di saluran Astro 146. Malaysia akan memulakan perlawanan menentang Loas pada 25 Oktober 2021 jam ...
KUPANG- Tekanan arus punca parit tersumbat mengakibatkan jalan utama di Kampung Tanjung Bukit sepanjang lima meter runtuh baru-baru ini. Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, pihaknya akan membantu mencuci parit berkenaan menggunakan peruntukan PKWR DUN Kupang dalam tempoh terdekat. Menurutnya, hasil tinjauan mendapati tiga daripada empat lorong pembentung tersumbat dengan batang kayu ...
KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) menjalani latihan pertama di Mongolia di bawah suhu enam darjah celcius. Memetik Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), latihan sulung itu diadakan di Stadium MFF Ulaanbaatar setibanya mereka di Mongolia hari ini. Skuad negara yang menghantar skuad B-22 bakal memulakan aksi Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Loas pada 25 Oktober ini ...
PATANI - Pondok Baba Haji Abdulllah Bangkrok menerima sumbangan membina masjid daripada kumpulan motosikal cross kelmarin. Sumbangan tunai disampaikan kumpulan berkenaan kepada mudir pondok, Haji Abdulllah Bangkrok di pondok berkenaan. Terdahulu, pihak pondok menerima kunjungan rombongan kumpulan motosikal cross. Pihak pondok mengucapkan terima kasih di atas sumbangan disalurkan. RENTAS7 ...
ALOR SETAR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak lesen arak bagi keluaran jenama Timah ditarik semula. Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah Datuk Mustaffa Idrus berkata, jenama berkenaan perlu dihalang pengunaannya kerana ia jelas menyindir umat Islam negara ini. "Penggunaan jenama Timah yang merupakan nama wanita Islam selain imej lelaki berkopiah sudah pasti dibuat dengan agenda menghina dan memburukkan Islam. "Perkara ini bagi ...
KUALA LUMPUR-Malaysia Bawah 22 tahun (B-22) meraih kemenangan moral menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2022 di Mongolia selepas menumpaskan skuad Kedah 2-0 petang tadi. Perlawanan persahabatan di antara kedua-dua pasukan itu berlangsung di Arena MBSJ, USJ 5, Subang Jaya. Malaysia B-22 memperoleh gol pada babak pertama dan kedua menerusi Ahmad Zikri Khalili pada minit ke-28 dan ...













