Tiga aksi kelayakan Piala Asia skuad B-22 ditayang di RTM

Aksi pertama skuad B-22 menentang Loas pada Isnin ini jam 3 petang Malaysia

KUALA LUMPUR– Aksi skuad kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) pada kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J di Mongolia akan disiarkan di dua saluran televisyen tempatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memaklumkan, ketiga-tiga aksi skuad B-22 akan disiarkan di Saluran Sukan RTM dan TV Okey di saluran Astro 146.

Malaysia akan memulakan perlawanan menentang Loas pada 25 Oktober 2021 jam tiga petang waktu Malaysia.

Aksi kedua menentang tuan rumah Mangolia dijadualkan pada 28 Oktober 2021 jam 11.00 pagi dan menentang Thailand bagi aksi terakhir pada 31 Oktober 2021 jam 11.00 pagi.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.