Vietnam buat Jepun terkesima

Jepun hampir diaibkan pelawat pada aksi akhir Kumpulan B

SAITAMA– Vietnam menutup kempen kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan B dengan seri 1-1 menentang tuan rumah Jepun, malam ini.

Tuan rumah yang beraksi dengan sokongan padu penyokong sendiri terkesima selepas pelawat membuka jaringan menerusi tandukkan Nguyen Thanh Binh hasil sepakan sudut rakan sepasukan.

Jepun yang tersentak dengan jaringan itu mengandakan serangan namun gagal membolosi benteng lawan .

Di separuh masa kedua kepten pasukan Jepun, Maya Yoshida memastikan maruah tuan rumah tidak dimalukan Vietnam dengan kekalahan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Jepun yang sudah layak ke Piala Dunia di Qatar mengakhiri kempen dengan 22 mata dan Vietnam di tangga tercorot dengan empat mata.

Kumpulan A pula menyaksikan jiran tuan rumah, Korea Selatan tumpas 1-0 di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi akhir kumpulan.

Korea Selatan bagaimanapun telah layak ke Piala Dunia 2022 manakala UAE menempah slot play-off.

RENTAS7/ Foto: JAPAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.