Malaysia B-22 tewaskan Mongolia, hampiri Piala Asia

Malaysia hampir layak ke Piala Asia tahun depan

KUALA LUMPUR- Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira skuad Bawah 22 tahun (B-22) Kebangsaan apabila mencetak gol menewaskan tuan rumah Mangolia 1-0 bagi saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Stadium MFF Ulaanbaatar, hari ini.

Azfar membuka jaringan pada minit ke-40 melalui tandukan yang menewaskan peniaga gol Mongolia untuk Malaysia mengutip tiga mata penuh.

Keputusan itu meletakkan Malaysia hampir layak ke Piala Asia B-23 pada tahun depan.

Malaysia kini unggul sebagai juara Kumpulan J setelah mengumpul enam mata penuh.

Pada perlawanan pembukaan Malaysia menang 1-0 menentang Loas hasil jaringan pemain sama, Azfar.

Thailand akan berdepan Loas petang ini dan sekiranya kedua-dua pasukan seri, Malaysia bakal layak secara merit ke Piala Asia B-23 lebih awal tanpa menunggu perlawanan terakhir menentang Thailand pada 31 Oktober ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.