Kerajaan cukup majoriti, lebih 110 sokongan

Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR– Kerajaan masih mempunyai sokongan melebihi 110 majoriti tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media dikeluarkan Istana hari ini.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau berkata, rakyat diharap bertenang menghadapi situasi terkini dan sama-sama berdoa supaya kemelut itu segera berakhir.

Petang tadi, ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Usul berkenaan disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.