JAKARTA– Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara menjalani latihan pertama di Padang B, Gelora Bung Karno di sini pagi tadi.
Skuad kendalian Hassan Sazali Waras dalam persiapan fasa terakhir menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Indonesia.
Skuad B-19 diundi dalam Kumpulan B yang dianggap kumpulan mudah bagi pemerhati sukan tanah air apabila tiada pasukan gergasi ASEAN seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam kumpulan berkenaan.

Memetik FAM, skuad B-19 selepas latihan meninjau Stadium Madya yang terletak di Gelora Bung Karno bagi tiga aksi kelayakan di stadium itu menentang Kemboja pada 5 Julai, diikuti 7 Julai bertemu Singapura dan melayani Timor Leste pada 9 Julai.
Malaysia akan menutup kempen menentang Laos di Stadium Patriot Candrabhaga Bekasi pada 11 Julai.
RENTAS7
Leave a Reply