KUALA LUMPUR– PAS mendokong Sistem Raja Berperlembagaan kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. (Gambar)
“PAS tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengtepikan ‘politiking’ dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.
“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,”katanya.
RENTAS7
Leave a Reply