KUALA LUMPUR- Solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat di Melaka dibenarkan maksimum 500 orang bermula esok. Melaka juga menetapkan surau dan masjid mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah selepas solat Jumaat selama tiga minggu mulai minggu ini. Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, jumlah maksimum jemaah bagi masjid kerajaan adalah 500 orang, 250 orang jumlah maksimum ...

KUALA KETIL- Sikap ramah orang Melayu menarik seorang remaja India memeluk Islam. Bukan dipaksa atau dipujuk, Gobinathan A/L Gunalan atau kini Rahim Abdullah,19, memilih untuk masuk Islam dengan kerelaan hati sendiri. Walaupun dibesarkan dalam keluarga menganut agama Hindu, namun hatinya disapa hidayah selepas melihat banyak kebaikan pada kaum Melayu. Remaja berasal dari Cameron Highland Pahang itu menempuh jalan hidup yang ...

LUMUT- Kapal Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara, petang semalam. Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataan berkata, semua bot nelayan berkenaan dikesan kira-kira 52 batu nautika Tenggara Perak. Menurut kenyataan, hasil siasatan 25 buah bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran serta mengibarkan ...

KUALA LUMPUR-Siapa tak kenal sikap pemurah Ustaz Ebit Lew? Selalu membantu penduduk memerlukan tidak kira tempat dan masa. Menerusi misi bantuan ke Sabah, Ebit Lew hari ini menghantar muatan bantuan merangkumi 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka dan 200 buah tablet (tab) jenama Samsung. Ebit berkata, kesemua muatan tersebut dihantar hari ini melalui penerbangan pesawat yang ditaja. ...

PULAU INDAH- Sejumlah kotak minuman keras tidak bercukai dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Plaza Tol Subang. Komander PPM Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata, serbuan pada 20 Januari lalu dibuat susulan maklumat diterima Unit Risikan Marin (URM) pada jam 12.45 tengah hari. "Unit Risikan Marin (URM) yang sedang menjalankan tugas Op Landai telah menerima maklumat dari orang awam berkaitan ...

KUALA LUMPUR-Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara kecuali Sarawak yang akan berakhir 4 Februari depan tidak dilanjutkan. Menurutnya, ia sebaliknya akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Beliau berkata, keputusan tidak meneruskan PKP dibuat bagi mengelakkan impak negatif kepada ekonomi negara. "Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei kita alan ...

SIK-Seorang lelaki yang sedang mengemas bilik gempar dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 3.65 meter. Kejadian berlaku di sebuah rumah inap desa di Kampung Kemelong semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, lelaki dikenali Saiful,37, yang juga pemilik rumah inap desa berkenaan segera menghubungi pihaknya sebaik terserempak dengan reptilia itu. Menurutnya, APM ...

SUNGAI PETANI-Lelaki cedera apabila motosikal ditunggangnya melanggar tembok pengadang jalan. Kejadian berlaku di jalan Bukit Selambau- Jambatan Kuala Lesung pada Sabtu minggu lalu dan video insiden itu tular di media sosial. Sekatan itu dibuat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan seluruh Semenanjung ketika ini. Pemilik suara dalam video berkenaan berkata, kejadian berlaku pada awal pagi. Dengan nada marah ...

ALOR SETAR- Kenyataan MCA berhubung isu Hari Thaipusam yang tidak diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kedah berbaur kontroversi dan perkauman. Exco Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Muhamad Firdaus Muhamad Mustafa berkata, kenyataan MIC terhadap isu berkenaan dilihat sekadar mengambil kesempatan. Menurutnya, parti itu sengaja mewujudkan ketakutan dan kemarahan kaum, sedangkan usaha yang diambil adalah bagi menjamin keselamatan rakyat tempatan. ...

ALOR SETAR-Masjid dijadikan tempat memohon bantuan ALLAH daripada serangan Siam ketika Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Mudir Madrasah Madrasah Nurul Hidayah, Mohd Zainon Ariffin (gambar) berkata, pada zaman baginda, rakyat diminta mengamalkan solat jemaah di masjid secara konsisten. Menurutnya, kisah tersebut ada dicatatkan dalam sejarah Melayu. "Ketika itu Siam mahu menyerang Kelantan atas beberapa sebab. Antaranya Siam ...