MCA ambil kesempatan Hari Thaipusam, sengaja timbul ketakutan

Muhamad Firdaus

ALOR SETAR– Kenyataan MCA berhubung isu Hari Thaipusam yang tidak diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kedah berbaur kontroversi dan perkauman.

Exco Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Muhamad Firdaus Muhamad Mustafa berkata, kenyataan MIC terhadap isu berkenaan dilihat sekadar mengambil kesempatan.

Menurutnya, parti itu sengaja mewujudkan ketakutan dan kemarahan kaum, sedangkan usaha yang diambil adalah bagi menjamin keselamatan rakyat tempatan.

“Provokasi perkauman ini sepatutnya tidak berlaku di ketika wabak Covid-19 sedang menular dalam negara. Tiada istilah tidak menghormati kaum minoriti seperti yang dikatakan oleh MCA.

“Komen-komen negatif seperti ini boleh menaikkan kemarahan kaum India di Kedah. Pasti banyak sudut telah diambil kira memandangkan ia bukanlah cuti umum dan sekadar diberi bermula tahun 2014,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, keputusan tidak mengisytiharkan perayaan tersebut sebagai cuti peristiwa juga merupakan satu isyarat bahawa negeri Kedah ada perlembagaan dan kepimpinan negeri.

Menurutnya, segala urusan penetapan cuti peristiwa pastinya perlu mendapat perkenan Sultan Kedah untuk sebarang perubahan.

“Ini juga selaras dengan proklamasi darurat yang diisytihar Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Firdaus yang juga Ketua Wira PUTRA Bahagian Merbok berkata, ketegasan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu isu ini wajar dipuji.

Beliau berkata, ia antara contoh bagaimana prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara nyawa dilaksanakan kerajaan dalam usaha melindungi rakyat daripada ancaman Covid-19.

“Wira PUTRA Kedah berharap ia tidak dipolitikkan atau ada agenda tersembunyi yang tidak menguntungkan perpaduan kaum di negeri Kedah khususnya,” katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan beliau berkata, perayaan Thaipusam sinonim dengan penganut Hindu yang akan berkumpul beramai-ramai.

“Sekiranya kelonggaran itu diberikan, kemungkinan ia akan menjadi punca penularan wabak yang tidak tahu bila akan berpenghujung, seterusnya akan memberi impak negatif dan pandangan serong rakyat terhadap penganut agama terbabit, sedangkan ia mampu dielak atau dicegah dari awal.

“Walaupun begitu, wajar pemimpin penganut Hindu merayu atau mohon budi bicara MB Kedah untuk memberi sedikit kelonggaran yang sesuai jika perlu.

“Justeru, Wira PUTRA gesa semua partisan untuk tidak menunggang isu ini semata-mata berniat politik. Fikir dan pandang jauh ke depan bagi memastikan kemaslahatan rakyat tempatan terus terpelihara,” katanya.

MCA seperti dilaporkan MalaysiaGazzate pada 22 Januari mempersoalkan tindakan Muhammad Sanusi dengan dakwaan membatalkan Hari Thaipusam.

Parti itu melalui jurucakapnya Mike Chong mengatakan MCA tidak dapat menerima keputusan tersebut kerana tidak menghormati pengganut Hindu.

MCA merupakan parti mewakili kaum Cina, tiada kena mengena dengan perayaan Thaipusam buat kaum India.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.