KD Mahawangsa halau 25 bot warga asing

KD Mahawangsa mengusir kesemua bot milik nelayan Indonesia setelah menceroboh perairan negara

LUMUT– Kapal Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara, petang semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataan berkata, semua bot nelayan berkenaan dikesan kira-kira 52 batu nautika Tenggara Perak.

Menurut kenyataan, hasil siasatan 25 buah bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran serta mengibarkan bendera Indonesia dalam perairan Malaysia.

“Kapal-kapal nelayan tersebut telah berjaya dikesan oleh Air Component Commmander, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertindak menyalurkan maklumat kepada Kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa yang sedang melaksanakan operasi Op Benteng Laut di Sektor 3

“Seterusnya KD Mahawangsa telah diatur gerak ke kawasan tersebut bagi menyiasat perkara berkenaan dan kemudianya telah diusir keluar dari perairan negara,”katanya.

Kenyataan berkata, Angkatan Tentera Malaysi menerusi TLDM akan terus memperkasakan Op Benteng menerusi rondaan berterusan kapal TLDM yang beroperasi.

“Kerjasama dengan pelbagai agensi maritim lain di bawah National Task Force (NTF) juga akan dikukuhkan bagi mengawal ketat sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI) serta pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.