Buah salak jana hasil lumayan buat penduduk kampung

Tiga dari kiri, En Ramli Mohd Nor iaitu Pengusaha tanaman pokok salak sebanyak 100 pokok bersama rombongan

 

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL-Sektor pertanian khususnya tanaman salak terus menunjukkan potensi yang memberangsangkan di kawasan Mukim Teloi Kanan apabila dua kebun salak milik usahawan tempatan berjaya diusahakan secara aktif dan produktif.

Lawatan pemantauan telah diadakan ke kebun salak milik Ramli  Md Nor di Kampung Tembak B yang mengusahakan sebanyak 100 pokok salak, serta kebun milik Sobri bin Abdullah di Kampung Banggol Serdang yang mempunyai 600 pokok salak, hari ini.

En Ramli bersama Penghulu Teloi Mukim Kanan, Muhammad Effy Izzuan meninjau salah satu pokok yang telah mengeluarkan hasil

Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan tanaman, mengenal pasti cabaran yang dihadapi pengusaha serta melihat potensi pengembangan industri salak di kawasan berkenaan.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Penghulu Mukim Teloi Kanan, Muhammad Effy Izzuan, Ketua Kampung Banggol Serdang, Elias Salleh, Pegawai Pertanian, Nor Azlina Jamil, serta Penolong Pegawai Pertanian, Azleeza Azmi.

Seorang lagi pengusaha dari Banggol Serdang, En Sobri Abdullah ( dari kiri) dengan tanaman sebanyak lebih kurang 600 pokok

Tanaman salak mempunyai prospek yang baik sebagai sumber pendapatan tambahan yang lumayan kepada penduduk luar bandar sekiranya diurus secara sistematik dan mendapat sokongan teknikal yang berterusan.

Tanaman salak mampu menjana pendapatan lumayan buat penduduk

Usaha pengusaha tempatan seperti Ramli  Md Nor dan Sobri  Abdullah membuktikan bahawa sektor pertanian mampu menjadi pemangkin ekonomi masyarakat setempat, di samping menyokong agenda keterjaminan makanan dan pembangunan pertanian daerah Baling.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.