Selatan Thailand terus bergolak

Selatan Thailand terus bergolak dengan beberapa siri pertempuran

PATANI – Selatan Thai terus bergolak dengan beberapa siri pertempuran di antara pejuang kemerdekaan Patani dengan tentera Thailand.

Bernama melaporkan empat termasuk dua anggota polis dan seorang tentera laut maut manakala empat cedera parah dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Narathiwat, Pol. Mej Jen Narin Busaman berkata, dua polis maut di tempat kejadian selepas terkena bom buatan tangan di Kampung Namwong.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 2.15 petang waktu tempatan ketika mangsa bersama enam lagi anggota polis menaiki dua pikap dalam perjalanan ke Balai Polis Chanae.

“Ketika melalui tempat kejadian, bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di jalan raya meletup menyebabkan kedua-dua pikap melambung sejauh 50 meter,” katanya.

Katanya, dua polis maut manakala empat lagi parah.

Dalam perkembangan berasingan, Narin berkata, seorang anggota tentera laut maut selepas berbalas tembakan di ladang kelapa sawit di daerah Bacho.

Kejadian jam kira-kira 11.02 pagi waktu tempatan itu berlaku selepas pasukan tentera mengepung kawasan berkenaan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan enam pejuang kemerdekaan Patani maut dalam pertempuran selama enam hari di kawasan Hutan Jelor Mukim Barik’tai Daerah Bachok.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.