Ebit Lew sumbang 200 tab Samsung kepada anak-anak Sabah

Muatan barangan bantuan ke Sabah dihantar melalui pesawat

KUALA LUMPUR-Siapa tak kenal sikap pemurah Ustaz Ebit Lew?

Selalu membantu penduduk memerlukan tidak kira tempat dan masa.

Menerusi misi bantuan ke Sabah, Ebit Lew hari ini menghantar muatan bantuan merangkumi 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka dan 200 buah tablet (tab) jenama Samsung.

Ebit berkata, kesemua muatan tersebut dihantar hari ini melalui penerbangan pesawat yang ditaja.

“Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami.

“Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih KLIA Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua,” katanya dalam catatan di Facebooknya petang ini.

Menurutnya, beliau akan menyusul ke Sabah dengan penerbangan MAS Airlines.

“Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga MAS Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan -Ebitlew,” katanya.

Penularan wabak COVID-19 di negara ini menyebabkan kerajaan mewajibkan
Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi murid dan pelajar yang tidak mengambil peperiksaan awam.

Kaedah pengajian yang menyukarkan ramai ibu bapa itu memaksa waris membeli tab buat anak-anak mereka.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.