BANYAK coretan sejarah perjuangan PAS di kawasan Baling. Salah satunya ialah kisah PAS menang buat kali pertama di Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Bayu pada PRU-I4 lalu. Kemenangan itu membolehkan kerusi DUN Bayu yang juga kubu kuat UMNO-BN sebelum ini, disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abd Nasir Idris. Selepas hampir dua tahun berkhidmat untuk rakyat, Abd Nasir kini ...
KUALA LUMPUR- Sanggup masuk dalam longkang untuk menyelamatkan anak anjing yang terperangkap. Itu akhlak terpuji ditunjukkan seorang anggota polis walaupun sibuk dengan tugas menjaga sekatan jalan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perbuatan anggota berkenaan dimuat naik dalam video di Facebook Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin dan telah ditonton lebih 11,000 pelayar internet. Video itu berdurasi 1:36 ...
KUALA LUMPUR- Kerajaan dicadangkan supaya membenarkan solat Jumaat namun dengan syarat dan kawalan yang ketat. Imam, Ahmad Shazili Abdullah (gambar) yang juga pendakwah bebas berkata, sebagai imam beliau amat merayu supaya sekurang-kurangnya solat Jumaat dibenarkan bagi masjid-masjid utama. "Ianya dibuka paling kurang kepada imam, bilal, siak, pengerusi, ajk dan ahli biro-biro pengimarahan masjid. "Cukupkan 40 orang agar solat Jumaat dapat ...
PATANI-Jalan menghubungkan Kampung Kelewet dengan Pekan Napradu tidak lagi digunakan pengguna jalan raya seperti kebiasaaannya. Sejak 2004 jalan itu semakin sunyi daripada laluan pengguna dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan konflik berdarah selatan Thailand. Siang atau malam, jalan itu sepi daripada laluan kenderaan penguna, tiada siapa yang sanggup melaluinya melainkan penduduk kampung berdekatan atau mereka yang mempunyai urusan penting. Bagi ...
KUPANG- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang pantas menyalurkan bantuan kepada 10 buah keluarga terputus bekalan makanan di Taman Desa Anggerik, hari ini. Pegawai tugas-tugas khas PKWR Kupang, Ramli Ahmad berkata, setiap keluarga menerima kupon bernilai RM30. Menurutnya, penerima kupon boleh ditebus dengan pembelian barangan makanan di kedai-kedai yang ditetapkan "Sebaik menerima aduan daripada wakil NGO, PKWR DUN Kupang ...
KUALA-LUMPUR- Luluh hati anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila digelar sebagai anjing oleh manusia yang sombong. Luahan itu dikongsi salah seorang petugas KKM Sakinah Sulong (gambar) di Facebooknya, hari ini Menurut Sakinah, pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk COVID-19, adakalanya menjentik hatinya. "Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. ...
KUALA LUMPUR- Tiada sebarang arahan membenarkan solat Jumaat dalam tempoh COVID-19 seperti mana kenyataan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan "COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan" dengan tarikh 8 April 2020. (gambar). "Kenyataan sebenar adalah pada 12 Mac 2020. Sinar Harian ...
ALOR SETAR- Senaman rengangan badan yang dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui video di Facebook rupa-rupanya hanya gurauan. Dalam video berdurasi 42 saat itu, Mukhriz yang dilihat seperti duduk dengan kaki menjulur ke depan sedang menarik hujung tapak kasutnya ke arah berlawanan. Senaman seperti itu sebenarnya agak sukar dilakukan oleh individu yang berisi atau gemuk. "Lepas kita ...
KUALA LUMPUR- Orang Melayu sering dilabel dengan sikap pemalas atau dalam erti kata lain tidak pandai berdikari. Momokan itu ditanam dalam minda masyarakat Melayu sejak penjajahan barat hinggalah ke hari ini. Memperbetulkan fakta itu, Penyelidik Sejarah Tempatan, Hasnuddin Yusof berkata, bangsa Melayu bukan pemalas seperti didakwa sebahagian orang Inggeris. "Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu ...
SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Melayu Kedah (PAMM) berharap rakyat tidak terikut dengan rentak pembangkang yang mahu menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ketika ini Tan Sri Muhyiddin sedang berdepan ujian paling hebat berbanding tujuh bekas Perdana Menteri sebelumnya. "Beliau didatangkan ujian secara serentak. Bukan sahaja mengambil alih ketika negara diuji dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi, ...













