KUALA LUMPUR-Rundingan damai di selatan Thailand sukar dilaksanakan selepas Barisan Revolusi Nasional (BRN) dilaporkan enggan terlibat dalam dialog keamanan.
BRN ialah salah satu kumpulan bersenjata di wilayah bergolak.
Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan lapor Utusan Malaysia yang memetik Bernama.
Prawit berkata, Fasilitator Malaysia menghubungi sayap tentera BRN, sekurang-kurangnya tiga kali namun tidak berhasil membawa keputusan positif.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan bimbang dengan perkembangan itu.
Ketika ini beberapa kumpulan mewakili Mara Patani serta Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (Pulo) menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Thailand melalui Malaysia.
Mara Patani terdiri daripada lima kumpulan – Barisan Islam Pembebasan Patani, Gerakan Islam Mujahideen Patani , BRN dan dua kumpulan serpihan Pulo.
Fasilitator Malaysia diketuai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Konflik di selatan Thai gagal ditamatkan sejak sedekad lalu dengan dianggarkan lebih 6,000 nyawa terkorban.
Sumber: Rentas7.com
Leave a Reply