Menteri Agama nafi benarkan solat Jumaat dalam tempoh COVID-19

KUALA LUMPUR– Tiada sebarang arahan membenarkan solat Jumaat dalam tempoh COVID-19 seperti mana kenyataan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan “COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan” dengan tarikh 8 April 2020. (gambar).

“Kenyataan sebenar adalah pada 12 Mac 2020. Sinar Harian tidak terlibat dalam kenyataan seperti yang tertera dengan tarikh 8 April 2020.

“Sebarang kenyataan yang tidak ditemui di media sosial rasmi YB Menteri seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Telegram Messenger, maka ia adalah tidak benar,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat disarankan untuk tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak dipastikan kebenarannya dan bercanggah dengan keputusan semasa Kerajaan Malaysia berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Terdahulu, tular kenyataan solat Jumaat akan diteruskan walaupun negara dalam tempoh PKP membasmi COVID-19 melalui keratan Sinar Harian yang telah disunting.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.