Penjajah kata Melayu pemalas, benarkah?

KUALA LUMPUR- Orang Melayu sering dilabel dengan sikap pemalas atau dalam erti kata lain tidak pandai berdikari.

Momokan itu ditanam dalam minda masyarakat Melayu sejak penjajahan barat hinggalah ke hari ini.

Memperbetulkan fakta itu, Penyelidik Sejarah Tempatan, Hasnuddin Yusof berkata, bangsa Melayu bukan pemalas seperti didakwa sebahagian orang Inggeris.

“Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan ‘pantang duduk diam’.

“Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah,”katanya dalam tulisan di Facebook.

Hasanuddin

Hasnuddin berkata, sikap rajin bangsa Melayu sebenarnya disedari orang Inggeris dan ia dimasukkan dalam kajian mereka.

“Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.

“Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas?

“Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong ‘kemalasan’ Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini,”katanya.

Berikut ialah gambar yang menunjukkan “kemalasan” penjajah:

 

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3

Malah katanya, orang Melayu memenuhi masa terluang di rumah dengan pelbagai aktiviti.

“Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala.

“Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.