Thailand tunjuk Filipina jalan keluar

Thailand mara ke separuh akhir Piala.AFF Suzuki selepas mencatatkan kemenangan ketiga malam ini

KUALA LUMPUR-Hasrat Filipina ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020 berkecai selepas tewas 2-1 kepada Thailand di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Kemenangan itu juga membolehkan Thailand mara ke separuh akhir dan bakal membuat perhitungan dengan Singapura selaku juara Kumpulan A.

Singapura sebelum ini telah menghadiahkan kekalahan pertama kepada Filipina 2-1.

Kemenangan pertama Filipina setakat ini hanya ketika menentang Timor Leste yang menyaksikan kemenangan besar 7-0.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.