162 bahagian PUTRA seluruh negara diluluskan

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) jelas diterima rakyat selepas berjaya mengadakan Persidangan Agung PUTRA 2020-2023 pada 12 Disember lalu.

Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, bukan mudah mengadakan sidang berkenaan sekiranya PUTRA tidak mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.

“Satelah telah selesai persidangan pertama PUTRA beserta Presiden PUTRA oleh Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali dengan tajuk bersih dan bermoral, PUTRA yakin dapat memenangi PRU15 nanti di kebanyakan negeri.

“Walau pun baru satu tahun setengah ditubuhkan PUTRA dapat mengadakan persidangan Agong pertama nya dengan jayanya,”katanya.

Beliau berkata, seramai 250 orang hadir dalam persidangan yang diadakan di Hotel Regency Kuala Lumpur.

“Jika bukan kerana prosedur operasi standard (SOP) kita yakin mampu capai kehadiran seramai 1,500 orang.

“Insha Allah kita akan perkasakan gerak kerja PUTRA dengan lebih hebat selepas wabak COVID-19 ini berakhir.

“PUTRA semakin kuat, Presiden PUTRA telah pun mengenal pasti kerusi-kerusi yang kita yakin mampu mencapai sasaran,”katanya.

Menurutnya, sebanyak 162 bahagian PUTRA telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah rasmi itu direkodkan setakat 11 Ogos lalu.

“Jumlah ini boleh ditambah lagi asalkan PUTRA tidak berpecah seperti parti-parti lain,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.