Penyerang tempatan bantu Malaysia belasah Laos 4-0

Malaysia mencatat kemenangan terbesar 4-0 setakat ini selepas kalahkan Laos sebentar tadi

KUALA LUMPUR– Skuad kebangsaan mempamerkan kualiti tersendiri apabila membelasah Laos 4-0 pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Bishan Singapura sebentar tadi.

Kemenangan itu dibantu trio serangan tempatan yang diketuai Safawi Rasid, Aiman Arif Hanafi dan Luqman Hakim Shamsudin.

Safawi meledak hatrik untuk memberikan kekalahan terbesar buat Laos selepas dua perlawanan.

Serangan kali ini juga lebih tajam berbanding serangan diketuai pemain naturalisasi.

Bermula satu serangan pantas di sebelah sayap kiri, Aiman Arif berjaya memecah benteng Laos untuk melakukan hantaran yang disudahkan Safawi pada minit ke-7.

Safawi menambah gol kedua minit ke-34 untuk Malaysia 2-0 pada separuh masa pertama.

Kebangkitan skuad kebangsaan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe diteruskan dengan jaringan ketiga pada minit ke-78 menerusi jaringan Shahrul Saad.

Safawi meledak hatrik pada minit ke-80 untuk kemenangan mutlak 4-0 sekaligus menjadikan jaringan keempatnya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 setakat ini.

Safawi menjaringkan satu gol ketika perlawanan pembukaan menentang Kemboja pada 6 Disember lalu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.