KUALA LUMPUR-Inisiatif Rakan Kerjasama Strategik Komprenhensif (CSP) antara Australia-Malaysia mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, CSP memberi peluang kepada Malaysia dan Australia menjalinkan kolaborasi dalam pelbagai bidang baru.
“Antara lain, ekonomi digital; pertanian dan sekuriti makanan, pengurusan bencana dan kesihatan awam, kesihatan mental, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); alam sekitar; dan pemerkasaan belia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Inisiatif dirasmikan Perdana Menteri , Tan Sri Mujahidin Yassin dan rakan sejawatnya Scott Morrison
semasa Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia secara persidangan video petang tadi.
Hishammuddin turut bersama dalam sidang video berkenaan.
Rentas7.com
Leave a Reply