PKWR Kuala Ketil jadi ‘panggung wayang’

Tayangan filem Mat Kilau di PUTIK malam ini

KUALA KETIL– Dewan Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK) bagaikan panggung wayang malam ini apabila ia penuh dengan kehadiran rakyat DUN Kuala Ketil bagi menonton tayangan filem Mat Kilau.

Penduduk tidak melepaskan peluang untukmenonton filem Mat Kilau yang ditayangkan secara percuma.

Tayangan itu inisiatif diambil Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil dalam memastikan penduduk yang belum berpeluang menonton dapat mengikuti filem tersebut.

Filem Mat Kilau menjadi fanomena seluruh negara apabila mencatat kutipan hampir RM 100 juta di Malaysia dalam tempoh 40 hari tayangan.

Jalan ceritanya sarat dengan mesej perpaduan untuk bangsa Melayu.

Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

PUTIK yang turut menempatkan Pejabat PKWR DUN Kuala Ketil sering menjadi tumpuan penduduk kerana banyak program rakyat dianjurkan di situ.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.