Vateran Malinja FC berpesta gol

BALING– Pasukan vateran Malinja FC berpesta gol apabila membelasah pasukan vateran Sungai Teluk Durian 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B, Liga Sepak Persahabatan Piala ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Perlawanan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, petang semalam.

Malinja FC menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan menambah dua lagi gol di separuh masa kedua.

Gol Vateran Malinja dijaringkan Wari (2 gol), Syukur (2) dan Krang.

Dalam pada itu, pihak penganjur, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, kejohanan berkenaan disertai sembilan pasukan.

“Format pertandingan dianjurkan secara liga dengan setiap pasukan dibahagikan kepada tiga pasukan. Empat pasukan dengan mata dan jaringan maksimum akan layak ke separuh akhir.

“Program ini telah bermula pada 6 Disember lalu. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir akan berlangsung di padang awam Kupang pada 29 Disember ini,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.