Pengadil Iran pimpin perlawanan Malaysia- Indonesia

KUALA LUMPUR – Bekas pengadil Piala Dunia 2018 Alireza Faghani (gambar) dipilih menjadi pengadil bagi pertemuan Malaysia menentang Indonesia bagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pengadil dari Iran itu dipilih FIFA bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023 Kumpulan G.

Liputan6 memetik media Iran, Mehrnews, Alireza akan dibantu Mohammadreza Mansouri, Mohammadreza Abolfazli, dan Mo’ud Bonyadifar yang juga berasal dari Iran untuk mengendikan perlawanan tersebut.

Media melaporkan, Alireza pernah menerima anugerah pengadil terbaik Asia pada 2016 dan 2018.

Pengadil berusia 41 tahun ini memimpin empat perlawanan pada Piala Dunia tahun lalu.

Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan, Malaysia membenam Indonesia 3-2 dengan perlawanan diadili pengadil dari Korea selatan iaitu Ko Hyung- Jin, Yoon Kwang yeol dan Kim Dong- jin

Rentas7.com/ Foto Liputan6

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.