COVID-19: Guan Eng persoal penutupan semua premis perniagaan

KUALA LUMPURLim Guan Eng mempersoal arahan menutup kesemua premis perniagaan dalam negara ini yang akan dilaksanakan di bawah perintah kawalan pergerakan.

Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon penjelasan berhubung nasib 300,000 pekerja Malaysia yang berualang-alik ke Singapura.

“Perlu pencerahan tentang perintah kawalan pergerakan untuk 300 ribu pekerja Malaysia yang ulang-alik setiap hari kerja ke Singapura?

“Perlukah semua perniagaan swasta ditutup? Macam mana pendapatan peniaga dan gaji pekerja adakah ditanggung oleh kerajaan? Keliru!,”tulisnya di Facebook semalam.

Pertanyaan itu bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu memang layak menjadi pembangkang.

“Kalau 300000 orang tu hari hari ulang alik, boleh jamin semua orang tu sihat tak kena jangkit covid-19? Nyawa penting kah duit tu penting? Ini memang cara pembangkang cakap,” tulis Wei Yong Ng.

Pelayar internet turut membidas Guan Eng yang mempertikai usaha dibuat kerajaan dalam mencegah COVID-19.

“Hari tu ramai yang minta tolong untuk sekat pelancong supaya dapat menyekat covic19…bila dah merebak, kerajaan buat darurat nak banyak cakap pulak,” tulis Zul Shahril.

Pengguna Facebook bernama Mizi pula menulis: “Lupa ke kamu suruh warga China melancong malaysia untuk jana income malaysia !,”.

Ujar Mohd Azarizal,” U (kamu) keliru ka u nak bagi rakyat celaru..biar settle dulu covid ni..ko dulu bukan nak sekat pelancong,”katanya.

Pelayar dikenali sebagai Siti Farhana Hisham pula berkata, kini dia mulai faham mengapa berlaku peralihan kuasa.

“Selepas semua drama pintu-pintu barulah faham kenapa berlakunya peralihan kuasa.. PH belum matang untuk menangani isu lebih mencabar,”katanya.

Malam tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac sehinggalah 31 Mac depan di seluruh negara.

Langkah itu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.