10 pegawai perubatan Semenanjung dihantar bantu Sabah

Para Pegawai Perubatan yang dihantar ke Sabah bagi membantu membendung penularan wabak COVID-19

KUALA LUMPUR– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar 10 lpegawai perubatannya ke Sabah bagi membantu negeri itu menghadapi penularan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua pegawai yang dimobilasi ke Sabah itu masing-masing lima orang dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurutnya, lima pegawai terbabit telah selamat tiba di Lahad Datu pada hari ini.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Setakat ini di Sabah, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna masih lagi diletakkan dalam zon merah.

Manakala zon merah di Semenanjung pula ialah Alor Setar Kedah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.